Monday, November 16, 2015

Coolness of The Eye

Bedtime chatting.

1.5-year-old marriage.

Hubby: “I think we are more focusing on physical efforts in getting a child. (bd, supplements, healthy diet, exercises etc.) But we forget that Allah the Almighty who is the One who ‘give’. We should be more keen to perform tahajjud n prays. That’s why Allah put us in this kind of test. He wanted to ‘hold’ us from going astray, He wanted us to always keep in touch with Him.”

MashaAllah, i feel the “coolness of the eyes” (Qurrata a’yun) that Allah has mentioned in the Qur’an. His words are kind of therapy that relieves my worries.

Why worry when our affairs are in His hand?

-smile- 
:)

Wednesday, May 13, 2015

The Princess Returns

Thanks to Allah for grant me a Husband whom i never expected to marry a guy like him. idk which planet did he came from. he's just perfect! i'm the luckiest wife ever! 1-year-old marriage feels like 1-month-old. We're getting to know each other better every single day. Is this the feeling of Love after nikah? mashaAllah. i'm very grateful. Eventho we're yet to have a child (biiznillah), i feel happy to the Max. which i think nobody cud be happy like me. hahaha. o Allah! thanks so much! May You protect and sustain our marriage till jannah, grant us kidness, sakinah, mawaddah wa rahmah to our marriage. Ameen   :')

Thursday, October 17, 2013

Hakikatnya Seorang Ukhti itu Seorang Wanita!


Tengah kelam kabut nak pergi Batu Pahat.

“[Ika], cepat-cepat! Ambik kunci start engine”

Tak fikir panjang , terus “Haa?? [Ika] lagi ke kena drive?!”

Merungut dengan nada yang agak keras.

Lalu [Inche Bapa] yang pergi ambik kunci kereta dan start engine.

Terdiam. Dan saya telah melakukannya lagi. 

Menyesalnya menuturkan kata-kata itu. Dan saya benar-benar tidak tahu mengapa saya tergamak menghamburkannya. Tapi kata-kata yang terlepas sudah tidak dapat ditarik kembali kan? Terlajak perahu bisa ditarik kembali, tetapi terlajak kata-kata, ucapkan babai sahajalah. 

Nanges. 

Ini adalah salah satu daripada banyak situasi bila mana saya mempersoalkan keakhawatan saya. Saya bermuhasabah kembali tarbiyah yang telah saya terima selama ini. Adakah hati saya telah bersih dari karat-karat jahiliyyah, atau masih kotor dengan lumpur dan debu dosa dan noda...? Ya. .  Masih  T_T

Boleh saya pinjam sebiji baldi? Nak buat tadah air mata. 

Sepatutnya seorang al-ukht yang sudah menerima tarbiyah itu, mestilah menjadi qudwah kepada orang di sekelilingnya bukan? Sewajarnya seorang al-ukht yang sudah berbulatan gembira dan membawa pula bulatan gembira, tutur katanya menggambarkan akhlaknya yang mulia bukan? Dan sewajibnya seorang al-ukht yang kononnya sudah berjanji setia untuk sehidup semati dengan tarbiyah dan dakwah ini, tidak mendatangkan fitnah kepada perjuangan yang dibawanya bukan..?

Tapi... Mengapa ketika memandu kereta saya masih marah-marah apabila ada makcik yang membawa perlahan di lorong sebelah kanan? Mengapa saya masih lagi hilang sabar dengan Puan Mak dan Inche Bapa dalam sesetengah perkara? Mengapa saya kadangkala berburuk sangka dengan orang di sekelilng saya; ikhwah dan akhawat juga tidak terlepas daripadanya..?

Eh, bukankah saya seorang al-ukht? Atau selama ini saya hanya perasan yang saya ini seorang al-ukht...??

Err.. Boleh minta sebiji lagi baldi...? 

Tarik nafas. Hembus. Pandang ke langit, mengharapkan ada bintang bersinar terang. 

Hakikatnya, saya, anda, makcik jual nasi dagang di tepi jalan, abang tukang baiki paip, sepupu kepada adik ipar Dato' Sri Najib, semuanya adalah manusia biasa. Sehebat mana seseorang itu sekalipon, dia tetap adalah seorang manusia biasa. Dan ya, seqawiyy mana seorang al-akh atau ukth itu, dia tetap seorang manusia biasa. Dan apabila kita berbicara tentang manusia biasa, tiada siapa yang bebas dan percuma daripada dosa.

Bukan, ini bukan cubaan untuk mengkaver kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri. Ini bukan cubaan untuk memberikan alasan demi alasan, semata-mata mahu menutup kebobrokan dan kejelikan diri yang marhaen ini.

Hakikat tetap hakikat. Fakta tetap fakta. Realiti tetap realiti.


Walau sehebat mana pon qudwah yang saya impi, walau seSuper Saiya mana pon seorang figur yang saya ingin jadi, dan betapa bersungguh sekali pon saya cuba untuk bermujahadah diri, ada masa-masanya saya tetap akan menjadi seorang lelaki. Seorang manusia.


Kadangkala saya merasakan, harapan yang diletakkan kepada bahu seorang al-ukht itu terlalu berat dan tinggi. Sampai nak patah jugalah bahu dibuatnya. Eh. Seorang al-ukht itu mestilah membaca satu juzu' Quran sehari. Seorang al-ukht itu wajib menghafal 42 hadith Imam Nawawi. Seorang al-ukht itu tidak boleh mengusha ikhwah. Seorang al-ukht itu tutur katanya mestila lemah lembut. Koff. Seorang al-ukht itu mesti pijak semut tak mati, kentutnya wangi dan mahir pula memasak kari. Heh. 


Pokoknya, seorang al-ukht itu mesti tahu dan mahir dalam serba-serbi!


Sewajarnya memang sebegitu. Tarbiyah yang mantap dan benar-benar tersusun sepatutnya berupaya untuk meningkatkan kapasiti seorang al-ukht itu. Daripada tidak pandai bercakap, kini sudah petah dan lancar menyampaikan pengisian. Daripada anti-sosial dan noob dalam memulakan bicara, kini sudah mesra dan kelakar pula orangnya. Daripada nak masak megi pon tak reti, kini jangankan nasi beriyani, ayam ros dan rendang daging hitam pon di hujung jari! Walawehhh! [ok this is too exaggerate . Saya masak pun tak pandai lagi] 

Namun kerana terlalu mengejar keqawiyyan dan kesyadidan, kita terlepas pandang pada sisi kemanusiaan seorang dai'e, seorang rijal dan seorang al-ukht. Seorang dai'e itu perlu juga masa rehatnya. Seorang rijal itu perlu juga masa-masa bersama keluarganya. Seorang al-ukht itu juga punya hati dan perasaan!


Bagaimana mahu bangun qiam kalau hampir setiap malam tidurnya hampir jam dua atau tida, semata-mata kerana mesyuarat dan bulatan gembira? Bagaimana tidak terlentok-lentok di kuliah atau pejabat, kalau sehariannya sentiasa penat dan lelah? Bagaimana mahu berpakaian yang tidak selebet dan bilik yang kemas jika diri sendiri tidak punya masa untuk semua itu?


Ah! Bukankah dai'e itu juga seorang manusia...?? Bukankah seorang al-ukht itu juga seorang lelaki dan seorang ukth itu seorang perempuan...??


Geleng kepala. 

Waduh, sering juga tersepit saya dibuatnya! [Kredit]


Ya, jujur, kadang-kadang mata saya ini tidak terlepas juga daripada memandang lelaki. Ada masa-masanya saya bermalas-malasan, futur dan rasa seperti mahu berehat sepanjang hari. Ada ketika saya bergurau dan ketawa seperti jembalang tanah lagaknya, langsung tidak menggambarkan qudwah bagi seorang dai'e. Ada masanya saya rasa malas untuk bermuayasyah dengan hadek-hadek bulatan gembira. Ada tikanya saya boros berbelanja, membeli barangan yang mungkin tidak menjadi keperluan pon buat saya. Kadangkala ego yang menguasai diri menyebabkan diri ini tegar tidak mahu mengalah, meski kebenaran sudah trang tang tang di depan mata. Ah, senarainya begitu panjang bukan..?

Itulah saya. Ya, saya, Atikah. Seorang perempuan. Seorang manusia. 

Dan sekali lagi bukan, ini bukanlah penulisan untuk menjustifikasikan kefuturan, apatah lagi menghalalkan kenodaan dan kemaksiatan yang mengotori hati-hati kita. Allah...

Tarik nafas. 

Tetapi ini adalah post pengharapan. Ini adalah penulisan yang mahu memberi nafas baru kepada saya, anda dan kita semua. Ini adalah nukilan yang ingin menyuntik ruh semangat kepada kita, yang mungkin sehingga saat ini, sudah semakin lemah dan lelah.

Betapa kita adalah manusia biasa, dan oleh sebab itulah, kita mulia di sisiNya. 

Senyum.  

Kita berdosa? Dosa yang kita lakukan itulah yang akan mendekatkan diri kita kepadaNya, apabila dengan penuh tawadhu' dan keinsafan kita meminta keampunan daripadaNya. 

Kita melakukan noda?. Noda yang kerapkali kita ulang dan ulang itulah yang menjadikan kita lebih baik daripada hari hari yang sebelumnya, apabila kita berazam dan tekad untuk mengubah diri kita. 

Kita futur? Kefuturan itulah yang akan menjadikan kita lebih gagah dan kuat di jalan ini, apabila kita menyedari betapa azab dan terseksanya menjadi seorang al-ukht yang lembap dan tidak produktif di jalan ini. 

Dari Anas r.a, katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Telah berfirman Allah Ta'ala:
Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam! Jika dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’”
(Hadith riwayat Tirmidzi. Hadith ke-42 susunan Imam Nawawi)

Potong bawang laju-laju.

Maka sebagai seorang al-ukht yang meniti di jalan para rasul dan salafus soleh ini, kita perlu membuktikan yang kita benar-benar layak untuk berada di sini. Kita wajar membuktikan yang kita benar-benar seriyes untuk memegang obor perjuangan ini. Dan kita wajib membuktikan yang kita adalah rijal dakwah yang telah dipilih oleh Allah, untuk menyambung rantai-rantai risalah ini!

Bukan kebetulan kan kita terperangkap dalam tarbiyah ini? Bukan saja-saja kan kita tercampak ke dalam gerabak dakwah ini? Bukan sia-sia kan, sama ada suka atau tidak kita sudah pon bersama dengan kafilah ikhwah dan akhawat yang sama-sama menuju ke destinasi yang sama...?

Ya benar kita ada lompong sini dan sana. Tapi dengan tarbiyah, sekurang-kurangnya lompong itu tidak terlalu besar. Ya benar kita ada kelemahan dan kekurangan. Namun kelemahan dan kekurangan itu pastinya lebih teruk andai kita tidak bersama dengan tarbiyah. 


Jika dahulu kita tidak pernah sentuh al-Quran pon, kini kita sudah sering bertilawah dan bertadabbur.

Jika dahulu bangun malam kita semata-mata mahu ber’sms’ dengan chowok, kini bangun malam kita adalah untuk bermunajat kepadaNya.

Jika dahulu kita sering marah-marah besar kepala, kini kita marah-marah juga, tapi kita cuba sebaiknya untuk menahannya keluar.

Jika dahulu kita futur sembilan kali sehari, kini kita futur tidak lebih lima kali sehari. Ohoi.  

Jika dahulu kita kencing berlari, kini kita sudah kencing berdiri. Eh kencing duduk. Peluh.


Kata kuncinya adalah mujahadah. Rahsianya adalah istiqamah. Dan kekuatannya terletak pada hati yang benar-benar ikhlas dan faham!

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) sorga yang telah dijanjikan kepadamu.'"
[Fussilat, 41:30]

Ayuh bangkit anda yang sudah terjelepok! Ayuh bangun anda yang sudah lama duduk! Ayuh berjaga anda yang asyik tersengguk-sengguk!

Iya benar kita ini manusia biasa, tapi kita adalah manusia biasa yang mengejar sorga! Iya benar kita ini wanita yang punya banyak kelemahan dan kekurangan, tapi kita adalah wanita yang sama yang mahu melakukan perubahan! Iya benar kita ini seorang al-ukht yang masih bertatih di atas jalan yang sumpah berliku ini, tapi kita adalah seorang al-ukht yang tidak pernah mengenal erti putus-asa, sentiasa mengejar redhaNya yang hakiki!

Ubahlah kelemahan yang ada pada kita menjadi kekuatan. Bentuklah kekurangan yang ada pada diri menjadi kelebihan. Dan bimbinglah jiwa yang sering berbolak-balik itu agar tetap berada di atas jalanNya!
 

Jangan sesekali berputus-asa ya ayyuhal akhawat! Ya, sukar menjadi seorang al-ukht. Susah sekali menjadi seorang rijal dakwah. Perit benar menjadi seorang dai'e yang begitu besar tanggungjawab dan amanah.

Kerana yang kita kejar itu sorga, dan sorga itu tidak murah harganya!

Senyum. Lap air mata. 

-gabbana- -atikah-


KREDIT TO ANGELWEARSGUCCI - Minta ijin copynya ya pak Gabbana

Sentap. Almost 90% yang diceritakan ini terkena dengan diri saya T_T

Friday, June 25, 2010

Atikah Binti Zaid



‘Atikah binti Zaid, barangsiapa yang menginginkan syahid, maka kahwinilah dia.

gambar hiasan

Tersebutlah alkisah….

Nama sebenarnya adalah ‘Atikah binti Zaid ibn ‘Amru ibn Nufail al Qurasyiah al ‘Adawiyah. Beliau merupakan seorang wanita mukminah yg ckup terkenal dikalangan sahabiah dengan kefasihannya serta kemampuannya bersyair . Sifat2 ini telah diwarisinya dari ayahanda sendiri, iaitu Zaid ibn ‘Amr.

Dengan sifat2 kelembutan perasaan, ketajaman hati dan kesucian jiwa yang ada padanya, beliau telah mengahwini seorang sahabat dimana ayahnya juga merupakan sahabat Rasulullah s.a.w, iaitu Abdullah ibn Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Memang tak boleh disangkal lagi, Atikah merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan jelita. Sehinggakan kejelitaannya itu telah menyibukkan Abdullah ibn Abu Bakar dari urusan kehidupan dan perniagannya. Bukan itu saja, malahan kecantikannya juga telah menyibukkan suaminya utk keluar berjihad. Hal ini menyebabkan Abu Bakar mendesak anaknya itu untuk menceraikan Atikah. Sehinggalah jatuh talak satu keatasnya.

Abdullah bin Abu Bakar tidak dpt mengendalikan jiwanya . Ia sgt bersedih ketika berpisah dgn isterinya. Tanda2 kesedihan terpancar jelas diwajah dan badannya. Pada suatu hari, Abu Bakar mendengar anaknya berkata:
“Hai Atikah, aku tidak kan melupakanmu selama angin bertiup
Dan selama burung merpati masih bersuara
Hai ‘Atikah, saya tidak akan melupakanmu selama orang masih berhaji
Dan selama bintang2 yang bergantungan di langit bersinar
Hai ‘Atikah, hatiku tiap hari dan malam
Tergantung kpdmu apa2 yang tersembunyi dalam jiwa
Kalau bukan kerana taqwa kpd Allah yg berhubungan dgn ayahku
Dan ketaatan kpdnya maka kita tidak akan berpisah

Ketika ayahnya mendengar bait2 syair anaknya, ia sedar betapa cintanya Abdullah kpd Atikah. Akhirnya ia mengizinkan anaknya utk kembali bersama dgn isterinya.

Abdullah telah menjumpai sinar kehidupannya kembali. Kemudian ia ikut bersama Rasulullah dalam perang Thaif. Dalam perang itu, beliau terkena luka panah dan lukanya semakin parah setelah 4 malam pemergian Rasulullah. Dan akhirnya Abdullah bin Abu Bakar pun syahid. Atikah berasa sgt sedih akan kehilangan suaminya yg tercinta itu. Ia meratapi pemergian itu dengan sedihnya dalam sebuah syairnya.

Pernikahannya dengan Umar

Ketika Abdullah bin Abu Bakar dalam keadaan nazak ia berkata kepada isterinya ‘Atikah, “engkau akan mendapatkan sebuah kebun dari hartaku, maka janganlah engkau menikah lagi”.
Ketika tempoh ‘iddahnya dah selesai, Umar al-Khattab datang melamarnya.

Maka Atikah pn berkata “ Sesungguhnya aku telah membuat sesuatu terhadap diriku yg tidak mungkin berkahwin lg”

Umar berkata “Carilah fatwa dan pendapat”

Dengan itu Atikah pun berjumpa dgn Ali bin Ali Thalib r.a.. Ali berkata “Kembalikanlah kepada mereka apa yang tlh engkau ambil dari mereka, kemudian berkahwinlah”

Setelah itu, Atikan binti Zaid mengembalikan kebun tersebut dan menerima lamaran Umar al-Khattab yg berlaku pada 12H.

Atikah dan Umar

Atikah memperolehi kedudukan yang tinggi di sisi suaminya Umar. Ia banyak belajar dari sahabat Rasulullah itu sehinggakan Atikah sangat cintakan Umar. Menyedari hakikat itu, Umar berasa sangat terharu dengannya. Dan pernah suatu ketika Atikah mencium kepala Umar al-Khattab yang sedang berpuasa. Umar tidak melarangnya (so sweet!!)

Kehidupannya dengan Umar dipenuhi dengan keadilan, zuhud dan ibadah yang kian tumbuh di dalam dirinya. Atikah juga ikut solat jemaah dengan Umar. Apabila ia minta izin kpd suaminya untuk kemasjid, Umar akan berkata kepadanya, “ engkau tlh mengetahui bahawa aku kurang menyenangi kalau engkau keluar”
Atikah menjawab “aku takkan pergi tanpa kebenaranmu”

Khalifah Umar al-Khattab telah ditikam oleh sesorang ketika beliau sedang solat di masjid. Atikah pun meratapi pemergian kejadian ini dengan qasidahnya.

Atikah dan Zubair

Setelah peninggalan as-syahid Umar ibn al-Khattab, datanglah pula Zubair ibn ‘Awwam melamar Atikah. Atikah menerima lamarannya itu dengan syarat ia tidak boleh memukulnya, dan jangan melarangnya dari kebenaran dan jangan melarangnya solat di masjid. Zubair pula memiliki sifat yang keras terhadap isterinya. Ketika mereka sudah berkahwin, Zubair berkata dengan Atikah, “ ya Atikah, jangan keluar ke masjid”

Atikah menjawab “Ya ibn ‘Awwam, apakah demi kecemburuanmu aku harus meninggalkan masjid yang aku telah solat di dalamnya bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar?”

Zubair berkata,” Aku tidak akan melarangmu”

Ketika ia mendengar azan solat subuh, Zubair mengambil wudhuk dan berangkat ke masjid. Zubair berdiri di saqifah Bani Sa’idah menunggu Atikah. Ketika Atikah melintasi suaminya Zubair, suaminya memukul punggungnya dengan tangan. Atikah tak tau siapa yang memukul punggungnya. Ia berkata, “ada apa dengan mu, semoga Allah memotong tanganmu” Atikah pulang ke rumah dan berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun”

Seteleh selesai solat subuh di masjid, Zubair pulang ke rumahnya dan berkata kpd Atikah “ Ya Atikah, kenapa aku tidak melihatmu pagi ini solat di masjid?”

Atikah menjawab, “ Semoga Allah merahmatimu, Ya Abu Abdullah. Manusia sudah menjadi rosak sesudahmu. Solat hari ini bagi wanita lebih baik di rumah daripada di masjid. Dan di rumah lebih baik solat di kamar”

Suaminya Zubair terbunuh secara zalim ketika perang Jamal (unta). Ia dibunuh oleh Amru ibn Jurmuz pd thn 36H. Dan atikah pun meratapinya dengan syair2.

Setelah itu, datang pula Saidina Ali bin Abu Thalib melamar Atikah selepas tamat ‘iddahnya. Maka Atikah pun mengutus surat kepada Ali:

"Ya Amirul Mukminin, engkau yang tersisa dan pemimpin muslimin. Dan aku takut kepadamu, hai anak bapa saudara Rasulullah, kalau engkau nanti terbunuh. Aku tidak pernah berkahwin dengan seorang lelaki kecuali ia terbunuh”

Oleh sebab itu, para penduduk Madinah mengatakan bahawa barangsiapa yang menginginkan mati syahid maka hendaklah dia berkahwin dengan Atikah binti Zaid. Dahulu ia isteri Abdullah ibn Abu Bakar. Abdullah ibn Abu Bakar mati syahid. Kemudian ia menjadi isteri Umar ibn al-Khattab. Umar ibn al-Khattab mati syahid dan terbunuh, Kemudian ia menjadi isteri Zubair ibn ‘Awwam. Zubair ibn ‘Awwam juga mati syahid terbunuh.

Sepanjang kehidupan Atikah yang penuh dengan ibadah dan zuhud, akhirnya dia meninggal pada tahun 40H. Semoga Allah mencucuri keredhaanNya keetas Atikah binti Zaid.

source:
70 Wanita Terbilang di Zaman Nabi Muhammad s.a.w; Abu Azka AlMadani; Harun Ar-rasyid Hj Tuskan